Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome, dan Safari dengan resolusi skrin 1280 x 1024 pixel

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2012


Al-kisah..

pada tanggal 25/05/2012 SKKBbt16 telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2012
yang menyaksikan pengerusinya iaitu PK Kokurikulum telah menjadi 'ketua' aktiviti pada hari itu..

Dengan bertemakan  
GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA...

maka, guru2 SKKBbt16 telah bersepakat, sebulat suara mempersetujui bahawa penggunaan pakaian tema murid2 sekolah rendah iaitu putih dan blueblack menjadi pilihan semua..


Aktiviti pertama yang dijalankan adalah sukaneka yang menyaksikan semua guru dan staf telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dianggotai seramai 6 orang ahli. Setiap kumpulan ini dikehendaki melakukan aksi kanak-kanak atau bahasa ringkasnya sukaneka yang telah dirancang dengan teliti oleh penggerak utama sambutan hari guru 2012 iaitu En Mohd Bakhtiar (PK Kokurikulum).

Antara sukaneka yang dijalankan adalah :
1. Membawa Bola Pingpong dalam sudu plastik.

2. Menarik bola menggunakan gelung rotan.

3. Menjunjung pundi kacang.

4. Membawa getah menggunakan straw..
 Selesai sahaja sukaneka, guru dan murid berhenti rehat dan selepas itu acara dewan pun bermula..

Guru diarak masuk ke dewan dengan bunyi paluan kompang oleh pasukan kompang sekolah. Di dalam dewan, guru menyanyikan 5buah lagu iaitu :

  • Lagu Negaraku.
  • Lagu Guru Malaysia.
  • Lagu Tema Hari Guru 2012..
  • Lagu Perak di puncak kecemerlangan.
  • Lagu Biarku menjadi lilin.

Kemudian, disusuli dengan bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh Tn Hj Saripuddin (PK HEM) dan diikuti ucapan ringkas daripada wakil Guru Besar iaitu En Khairussalleh (PK Pentadbiran).

Seterusnya, acara persembahan murid dan diikuti anugerah tokoh guru. Berikut senarai tokoh Hari Guru 2012

Guru Paling Penyayang:

Guru Paling Tegas:

Guru PALING POPULAR : PN ZAINUBI!!!!! tahniah yer.. hehe

kesimpulannya, sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2012 amat meriah, cuma terkilan sedikit kerana Guru Besar tidak dapat bersama-sama meraikannya. Apapun, kemeriahan dan keseronokkan itu akan menjadi kenangan bersama selama-lamanya..

~peace~




p/s: Untuk melihat galeri gambar sila layari Laman Facebook Sekolah atau klik ::DI SINI::


2 komen to "Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2012"

Catat Ulasan

│PEJABAT│

Blog rasmi SK Kampong Baharu Batu 16 ini dihasilkan bagi memenuhi kehendak masyarakat yang inginkan kemajuan ICT diaplikasikan untuk semua warga SKKB. Sebarang masalah sila hubungi admin di :
ABA5037
@1bestarinet.yes.my

│Our QR URL Code│

qrcode


│PENTADBIR SEKOLAH 2014│

│BILANGAN MURID 2014│

KELAS L P BIL
1 APIK 9 7 16
2 DEDIKASI 13 7 20
3 BIJAKSANA 7 6 13
4 CEMERLANG 7 12 19
5 GEMILANG 2 11 13
6 BESTARI TERBILANG 10 7 17
JUMLAH 48 50 98

│GURU BERTUGAS MINGGU INI│

16/06/2014 - 20/06/2014

Tema :

Menangani stress dan tekanan perasaan

│CARIAN LABEL│

Web hosting for webmasters
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab sekiranya pelawat blog ini mengalami apa jua masalah semasa melayari blog ini.

Untuk pengetahuan semua blog ini sentiasa dipantau oleh En. Harris dan juga Puan Hadida.

back to top