Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome, dan Safari dengan resolusi skrin 1280 x 1024 pixel

LINUS

Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana Minister Key Performance Indicators (MPKI) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.

Literasi adalah kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan majmuk yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

Manakala Numerasi adalah kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan seharian.

Program ini akan dilaksanakan bermula pada tahun 2010 (Kohot 1) melibatkan murid-murid di tahun 1 yang akan discreen melalui Saringan 1 (Mac) 2010, Saringan 2 (Jun) 2010 dan Saringan 3 (September) 2010.

Rasional Pelaksanaan LINUS
Masalah murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran yang masih belum menguasai kemahiran asas dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah melaksanakan pelbagai program pemulihan Antaranya :

1. Program KIA2M untuk murid tahun 1 yang mula dilaksanakan pada 2006.
2. Program Pemulihan tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan sekolah.
3. Program Pemulihan Asas Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk tahap 2.
4. PROTIM selepas UPSR

Program-program yang dilaksanakan TIDAK GAGAL tetapi tidak memenuhi kehendak NKRA



klik gambar untuk besarkan


klik gambar untuk besarkan


klik gambar untuk besarkan

LITERASI
Bagi murid yang melepasi ujian saringan dengan menguasai konstruk 8 - 12, murid tersebut akan berada di dalam kelas arus perdana, manakala murid yang menguasai konstruk 3-7 akan berada di kelas LINUS. Bagi murid yang gagal menguasai konsturk 1-2 dilabelkan sebagai LINUS TEGAR dan akan ditempatkan di dalam kelas pemulihan...

NUMERASI
Bagi murid yang melepasi ujian saringan dengan menguasai konstruk 10 - 12, murid tersebut akan berada di dalam kelas arus perdana, manakala murid yang menguasai konstruk 3-9 akan berada di kelas LINUS. Bagi murid yang gagal menguasai konsturk 1-2 dilabelkan sebagai LINUS TEGAR dan akan ditempatkan di dalam kelas pemulihan...

**Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan guru LINUS sekolah..

Baca Lagi..


Kata-kata Motivasi

●  APA YANG ANDA PERLUKAN ADALAH SEBUAH RENCANA, SEBUAH PETA, DAN SEBUAH KEBERANIAN UNTUK MENGARAH PADA TUJUAN ANDA. ( Earl Nightingale )

●  Ketakutan yang paling besar adalah ketika kita membuktikan kekuatan kita kepada kelemahan orang lain --Jacques Audiberti

●  Life isn't about always being the best..Life is about always doing the best...(Reyhan)

●  Pentingkan drpd yg penting kerana yg penting itu lebih penting drpd yg penting...

●  kekalahan adalah suatu kemenangan yng tertunda...

●  Kesedihan hanyalah petunjuk adanya kedangkalan. Semakin dangkal pemahaman seseorang akan kehidupan, semakin sering kesedihan berkunjung...

●  Jadilah diri kamu sendiri walaupun ada org lain di samping kamu .Jangan takut utk jadi diri kamu sendiri...

Baca Lagi..


Organisasi SKKB Batu 16



Guru





Staf Sekolah


Baca Lagi..


Pendaftaran Tahun Satu 2011

Cepat!! Bertindak Sekarang!!





Pendaftaran Tahun Satu 2011 telah dibuka.

Kepada Ibubapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2/1/2004 hingga 1/1/2005 bolehlah hadir ke sekolah dan berjumpa dengan PN SITI ZAVIAH untuk mendapatkan borang dan keterangan selanjutnya...

Baca Lagi..


Bolasepak Kelompok 6


Gambar di atas adalah gambar hiasan semata-mata.

Untuk makluman semua kejohanan Bolasepak Kelompok 6 akan dijalankan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 03.03.2010 Tarikh telah diubah kepada 09.03.2010 atas sebab2 yg x dapt dielakkan..
Hari : Rabu Selasa
Tempat : SK Simpang Empat
Masa : 2.30 Petang

Pasukan yang akan mengambil bahagian adalah :
1. SK Simpang Empat
2. SK Tanjong Bayan
3. SK Tanah Lalang
4. SK Kampong Baharu Batu 16

Sila hadir beramai-ramai untuk memberi sokongan...

Baca Lagi..


Lawak YouTube

Jom Layanzzzz...

Baca Lagi..


PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

●  RUJUK SURAT PEKELILING
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1 / 2010: PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

●  JADUAL PERALIHAN DASAR PPSMI KE MBMMBI DI PENDIDIKAN RENDAH (KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN)


**Sumber = Laman Web KPM

Baca Lagi..


Sreamyx


Alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak hasrat semua guru di SKKB ini untuk melayari internet di sekolah. Setelah sekian lama menunggu dan menanti dengan penuh sabar akhirnya pada hari ini iaitu bersamaan dengan 09.02.2010, segala impian menjadi kenyataan.. cuma diharapkan agar cikgu2 bijak dalam melayari internet kerana semua sedia maklum bahawa x semua benda dalam internet ni baguih.. pandai2la bawak diri... jangan lupa jasa GB, kerana atas budi bicara GB lah, kita semua dapat melayari internet di sekolah...

Jangan lupa, jenguk2lah selalu blog sekolah nih.... sekian...

Baca Lagi..


Tema Hari Guru

2009– Guru Pembina Negara Bangsa
2008– Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007– Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006– Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005– Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004– Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003– Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002– Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001– Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000– Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999– Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998– Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997– Guru Bestari Sekolah Bestari
1996– Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995– Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994– Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993– Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992– Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991– Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990– Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989– Guru Pembina Budaya Ilmu
1988– Guru Pengasas Budaya Membaca
1987– Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986– Pendidikan Teras Nasionalisme
1985– Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984– Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983– Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982– Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981– Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980– Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979– Murid Sejahtera Negara Jaya
1978– Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977– Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976– Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975– Guru dan Pembangunan Negara
1974– Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973– Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972– Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

**Sumber : Laman Web KPM

Baca Lagi..


Ikrar Guru


Jom kawan-kawan, baca dan amalkan ikrar keramat profesion kita...

Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Baca Lagi..


Streamyx SKKB

Lepas jumaat tadi orang TM tepon bagitau nak pasang streamyx mungkin pada minggu depan.. pasni suma cikgu leh la selalu masuk dlm blog sekolah sebab dah leh pakai tenet.. jangan lupa tolong2la support GB dalam hal bayaran bil yer.. apapun semua kena rujuk pengerusi streamyx sekolah iaitu cikgu haris (mangku)..

Baca Lagi..


Jadual Persekolahan Kumpulan B [2010]

Klik pada gambar untuk melihat tarikh..



**Sumber : Laman Web Rasmi JPN Perak

Baca Lagi..


Kejohanan Sukan Tahunan SKKB kali ke32 [2010]

Untuk pengetahuan semua, saiz gambar terpaksa dikecilkan bagi mengurangkan kapasiti penggunaan Picassa album yang disediakan oleh blogger.com iaitu sebanyak 1GB shj. Klik pada gambar untuk melihat saiz yang lebih besar.. sekiranya berminat utk mendapatkan gambar saiz yg sebenar sila berhubung dengan En Harris..


































Baca Lagi..

│PEJABAT│

Blog rasmi SK Kampong Baharu Batu 16 ini dihasilkan bagi memenuhi kehendak masyarakat yang inginkan kemajuan ICT diaplikasikan untuk semua warga SKKB. Sebarang masalah sila hubungi admin di :
ABA5037
@1bestarinet.yes.my

│Our QR URL Code│

qrcode


│PENTADBIR SEKOLAH 2014│

│BILANGAN MURID 2014│

KELAS L P BIL
1 APIK 9 7 16
2 DEDIKASI 13 7 20
3 BIJAKSANA 7 6 13
4 CEMERLANG 7 12 19
5 GEMILANG 2 11 13
6 BESTARI TERBILANG 10 7 17
JUMLAH 48 50 98

│GURU BERTUGAS MINGGU INI│

16/06/2014 - 20/06/2014

Tema :

Menangani stress dan tekanan perasaan

│CARIAN LABEL│

Web hosting for webmasters
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab sekiranya pelawat blog ini mengalami apa jua masalah semasa melayari blog ini.

Untuk pengetahuan semua blog ini sentiasa dipantau oleh En. Harris dan juga Puan Hadida.

back to top