Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome, dan Safari dengan resolusi skrin 1280 x 1024 pixel

Tahukah Anda???





● Tahukah anda bahawa istilah kamikaze asalnya diberi kepada taufan yang menyelamatkan Jepun dari serangan Empayar Mongol pada abad ke-13?

● Tahukah anda bahawa kebanyakan kereta berperisai tidak dibuat untuk pertempuran berat, tetapi untuk peninjauan, perintah, kawalan dan perhubungan?

● Tahukah anda bahawa rolet Rusia ialah sejenis permainan adu nasib yang boleh membawa maut...

● Tahukah anda bahawa kapal terpanjang yang pernah dibina, Knock Nevis lebih tinggi berbanding Menara Berkembar Petronas?

● Tahukah anda bahawa kebanyakan lintah tidak menghisap darah?

● Tahukah anda bahawa nama Australia berasal daripada perkataan Latin australis, yang bermaksud di selatan?

● Tahukah anda bahawa Amerika Syarikat adalah negara ketiga teramai penduduk di dunia selepas China dan India?

● Tahukah anda bahawa 73% daripada negara Jepun terdiri daripada gunung-ganang yang merentasi setiap pulau utama?

● Tahukah anda bahawa antara makanan pepatung termasuklah nyamuk, lalat, lebah, semut dan kupu-kupu?

● Tahukah anda bahawa sejarah Internet bermula rentetan daripada perlumbaan senjata di antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet?

● Tahukah anda bahawa kuku boleh mempamerkan tahap kesihatan seseorang?

● Tahukah anda bahawa ikan salmon hidup di laut tetapi membiak di air tawar?

● Tahukah anda bahawa selain di sekolah, papan hitam juga selalu digunakan di restoran sebagai alat pengiklanan bagi menu?

● Tahukah anda bahawa zorse merupakan hasil perkahwinan campur antara kuda belang dan kuda?

● Tahukah anda bahawa Pokok Mambu dikenali sebagai Mwarobaini (Pokok 40) di Afrika Timur, kerana ia dikatakan merawat 40 jenis penyakit?

● Tahukah anda bahawa Dinasti Song merupakan kerajaan pertama di dunia yang mengeluarkan nota bank atau duit kertas?

● Tahukah anda bahawa kebanyakan enjin bot tunda yang digunakan adalah sama dengan enjin kereta api?

● Tahukah anda bahawa terumbu karang membesar dengan cepat di kawasan tindak balas ombak yang kuat?

● Tahukah anda bahawa udara keluar melalui hidung ketika membunyikan konsonan sengauan dan tidak dari mulut?

● Tahukah anda bahawa kemeja-T berkembang daripada pakaian dalam yang digunakan pada abad ke-19?

● Tahukah anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

● Tahukah anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia.

● Tahukah anda perkataan May Day yang diulang sebut ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez yang bermaksud ''tolong saya''.

● Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

● Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

Haa... Tau x semua... kalau tak tahu buat2 tahu jer..

** Sumber : Wikipedia.org


0 komen to "Tahukah Anda???"

Catat Ulasan

│PEJABAT│

Blog rasmi SK Kampong Baharu Batu 16 ini dihasilkan bagi memenuhi kehendak masyarakat yang inginkan kemajuan ICT diaplikasikan untuk semua warga SKKB. Sebarang masalah sila hubungi admin di :
ABA5037
@1bestarinet.yes.my

│Our QR URL Code│

qrcode


│PENTADBIR SEKOLAH 2014│

│BILANGAN MURID 2014│

KELAS L P BIL
1 APIK 9 7 16
2 DEDIKASI 13 7 20
3 BIJAKSANA 7 6 13
4 CEMERLANG 7 12 19
5 GEMILANG 2 11 13
6 BESTARI TERBILANG 10 7 17
JUMLAH 48 50 98

│GURU BERTUGAS MINGGU INI│

16/06/2014 - 20/06/2014

Tema :

Menangani stress dan tekanan perasaan

│CARIAN LABEL│

Web hosting for webmasters
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab sekiranya pelawat blog ini mengalami apa jua masalah semasa melayari blog ini.

Untuk pengetahuan semua blog ini sentiasa dipantau oleh En. Harris dan juga Puan Hadida.

back to top