Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome, dan Safari dengan resolusi skrin 1280 x 1024 pixel

LINUS


Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana Minister Key Performance Indicators (MPKI) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.

Literasi adalah kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan majmuk yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

Manakala Numerasi adalah kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan seharian.

Program ini akan dilaksanakan bermula pada tahun 2010 (Kohot 1) melibatkan murid-murid di tahun 1 yang akan discreen melalui Saringan 1 (Mac) 2010, Saringan 2 (Jun) 2010 dan Saringan 3 (September) 2010.

Rasional Pelaksanaan LINUS
Masalah murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran yang masih belum menguasai kemahiran asas dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah melaksanakan pelbagai program pemulihan Antaranya :

1. Program KIA2M untuk murid tahun 1 yang mula dilaksanakan pada 2006.
2. Program Pemulihan tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan sekolah.
3. Program Pemulihan Asas Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk tahap 2.
4. PROTIM selepas UPSR

Program-program yang dilaksanakan TIDAK GAGAL tetapi tidak memenuhi kehendak NKRA



klik gambar untuk besarkan


klik gambar untuk besarkan


klik gambar untuk besarkan

LITERASI
Bagi murid yang melepasi ujian saringan dengan menguasai konstruk 8 - 12, murid tersebut akan berada di dalam kelas arus perdana, manakala murid yang menguasai konstruk 3-7 akan berada di kelas LINUS. Bagi murid yang gagal menguasai konsturk 1-2 dilabelkan sebagai LINUS TEGAR dan akan ditempatkan di dalam kelas pemulihan...

NUMERASI
Bagi murid yang melepasi ujian saringan dengan menguasai konstruk 10 - 12, murid tersebut akan berada di dalam kelas arus perdana, manakala murid yang menguasai konstruk 3-9 akan berada di kelas LINUS. Bagi murid yang gagal menguasai konsturk 1-2 dilabelkan sebagai LINUS TEGAR dan akan ditempatkan di dalam kelas pemulihan...

**Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan guru LINUS sekolah..


2 komen to "LINUS"

Catat Ulasan

│Our QR URL Code│

qrcode



│PENTADBIR SEKOLAH 2013│

│BILANGAN MURID 2013│

KELAS L P BIL
1 SEROJA 13 7 20
2 KEKWA 7 6 13
3 KEMBOJA 6 12 18
4 BAKAWALI 3 11 14
5 SEMARAK 9 7 16
6 SERIPAGI 8 6 14
JUMLAH 46 49 95

│GURU BERTUGAS MINGGU INI│

04/02/2013 - 08/02/2013

│PEJABAT│

Page ini dihasilkan bagi memenuhi kehendak masyarakat yang inginkan kemajuan ICT diaplikasikan untuk semua warga SKKB. Sebarang masalah sila hubungi admin di skkbbt16@gmail.com.

Masa itu emas yang amat berharga

Teluk Intan






│CARIAN LABEL│

│RADIO & TV ONLINE│

Web hosting for webmasters
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab sekiranya pelawat blog ini mengalami apa jua masalah semasa melayari blog ini.

Untuk pengetahuan semua blog ini sentiasa dipantau oleh En. Harris dan juga Puan Hadida.

back to top