Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome, dan Safari dengan resolusi skrin 1280 x 1024 pixel

Sesi dialog ibubapa dan guru tahun 6 serta taklimat sarana sekolah.



Pada hari ini (21.01.2013) telah diadakan Majlis sesi dialog ibubapa bersama guru tahun 6 bagi membincangkan isu-isu berkaitan program kecemerlangan tahun 6 khususnya dalam memastikan target sekolah dan ibubapa dapat dicapai..


Target UPSR skkbbt16 2013.. InsyaAllah..
Selain itu satu taklimat sarana sekolah telah diadakan sebaik sahaja majlis sesi dialog itu tamat..

berikut adalah beberapa petikan mengenai sarana dan prasarana sekolah...

Sarana Sekolah

Sarana : (Segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat dan sebagainya untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu.
- Kamus Dewan Edisi Keempat

Sarana Sekolah merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta : M A L A Y S I A

Hasrat

Malaysia berhasrat untuk mempunyai sistem pembelajaran yang dapat meningkatkan kejayaan murid. Hasrat ini lebih mudah dicapai apabila semua pihak termasuk sekolah, ibu bapa serta ahli komuniti bersatu dan menyokong satu matlamat – membantu murid berjaya.

Peranan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak di rumah tidak dapat dinafikan. Kajian menunjukkan apabila ibu bapa terlibat sama, sekolah dapat manfaat berikut :
  • keyakinan guru meningkat
  • pencapaian murid meningkat
  • ibu bapa merasa mereka sebahagian dari sekolah dan lebih menyokong program sekolah
  • kes disiplin dalam kalangan murid berkurangan
  • hubungan lebih baik antara pentadbir, guru dan ibu bapa

Tujuan

Sarana Penglibatan Sekolah dengan Ibu Bapa dan Komuniti bertujuan memperkenalkan sekolah kepada enam (6) elemen yang akan menyokong Sistem Pembelajaran. Elemen-elemen tersebut, apabila dilaksanakan dengan sempurna akan meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak mereka dan juga penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah.

-cikgu mat-


Jom lihat Galeri bergambar sekitar majlis tersebut..

Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan skkbbt16 melalui FACEBOOK kami..


0 komen to "Sesi dialog ibubapa dan guru tahun 6 serta taklimat sarana sekolah."

Catat Ulasan

│PEJABAT│

Blog rasmi SK Kampong Baharu Batu 16 ini dihasilkan bagi memenuhi kehendak masyarakat yang inginkan kemajuan ICT diaplikasikan untuk semua warga SKKB. Sebarang masalah sila hubungi admin di :
ABA5037
@1bestarinet.yes.my

│Our QR URL Code│

qrcode


│PENTADBIR SEKOLAH 2014│

│BILANGAN MURID 2014│

KELAS L P BIL
1 APIK 9 7 16
2 DEDIKASI 13 7 20
3 BIJAKSANA 7 6 13
4 CEMERLANG 7 12 19
5 GEMILANG 2 11 13
6 BESTARI TERBILANG 10 7 17
JUMLAH 48 50 98

│GURU BERTUGAS MINGGU INI│

16/06/2014 - 20/06/2014

Tema :

Menangani stress dan tekanan perasaan

│CARIAN LABEL│

Web hosting for webmasters
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab sekiranya pelawat blog ini mengalami apa jua masalah semasa melayari blog ini.

Untuk pengetahuan semua blog ini sentiasa dipantau oleh En. Harris dan juga Puan Hadida.

back to top