Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome, dan Safari dengan resolusi skrin 1280 x 1024 pixel

Mesyuarat Agung PIBG 2010


Untuk Melihat galeri gambar sila kunjungi Laman Facebook SK Kampong Baharu Batu 16 atau klik di SINI.

Perasmi :
Datin Sri Ismalina Ismail
Bekas Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia 2004-2009 dan aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Baca Lagi..


Apakah Dosaku!!!


Apakah dosa bayi-bayi ini sehingga ada yang sanggup memperlakukan mereka sedemikian rupa...

Baca Lagi..


Gadis melampau menerima padah

Nak kongsi cerita yang admin dpt melalui email ...

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.

Baca Lagi..


Sejarah Solat Lima Waktu


Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Wallaua'lam......

Baca Lagi..


Pertandingan Keceriaan Kelas



Untuk syarat2 pertandingan bolehlah rujuk pada papan kenyataan setiap kelas..

Baca Lagi..


Waktu BM, BI mulai 2011 ditambah


KUALA LUMPUR – Kabinet telah memutuskan supaya masa pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dipanjangkan mulai sesi persekolahan 2011, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu, yang dibuat pada mesyuarat Kabinet semalam, adalah selaras dengan usaha untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) di kalangan pelajar sekolah berikutan pemansuhan pengajian dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris tahun sudah.

Bagaimanapun beliau berkata, masa persekolahan tidak akan dipanjangkan, tetapi akan diolah menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan untuk pelajar.

"Kita akan buat pengubahsuaian dari segi kokurikulum selaras dengan perubahan-perubahan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) ke-29 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Masa pembelajaran untuk Bahasa Malaysia (BM) di sekolah rendah dan menengah kebangsaan bagaimanapun akan kekal pada 240 minit seminggu, tetapi bagi pembelajaran Bahasa Inggeris (BI) akan ditambah kepada 330 minit seminggu daripada 240 minit yang dipraktikkan sekarang.

Di sekolah rendah jenis kebangsaan (Tamil dan Cina), sesi pembelajaran untuk BM akan ditambah dari 270 minit kepada 330 minit seminggu.

Bagi BI, ia akan ditambah menjadi 120 minit seminggu daripada hanya 60 minit. – Bernama

*Sumber = Kosmo Online

Baca Lagi..


Youtube


Tiba-tiba terasa nak letak video klip nih...

Baca Lagi..


Bolasepak Kelompok 6 2010

Pasukan Bolasepak SKKB bt 16 2010




Keputusan Rasmi

Johan : SK Simpang 4
N. Johan : SK Tanah Lalang
Ketiga : SK Tanjong Bayan
Keempat : SK Kampong Baharu Batu 16

Galeri Gambar
( Klik untuk besarkan )

Baca Lagi..


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2010

Kain rentang Tahun 6.



Kain rentang Tahun 5.



Kain rentang Tahun 4.



Kesungguhan membawa kepada kecemerlangan... Cikgu buat kain rentang, budak jadi Johan.. x adil... hahaha...



Dalam kesibukan sempat jugak buat kerja lain... Memang dasyat la...



Persiapan sebelum acara dewan...



Murid berkumpul dan diberi taklimat...



Perbarisan sebelum memulakan perarakan..




Cantik sungguh gambar persekitaran Kampong Baharu... Hijau dan Nyaman... Peace!!!



Ehem.. ehem... ada apa2 ker.....



Cayalah Ustaz...



Apsal semua tengok belakang nih!!!...



Banner nih Admin tolong buat tau...



Bila dah sampai sini masing-masing dah berpeluh...



Kumpulan perarakan tiba di Masjid..



Guru Kelas Tahun 4, Pn. Norlela bt Othman bergambar bersama-sama murid Tahun 4.



Segak, Tampan, Bergaya dan Mempersona... Hahaha...



Sibuk betul AJK minuman ni sampai org amik gambar pun x pandang langsung...



Acara dewan bermula..



Ucapan Ustaz Zulkiflee, Ketua Panitia Pendidikan Islam...



Ucapan Guru Besar SKKB BT 16, En. Ahmad Refngah bin Imam Mustain.. tak leh komen lebih2.. bahaya..



Memang lepas ni dapat kontrak Pengerusi Majlis tetap dan berpencen...



Sila panggung nampak Tuan Pengerusi Majlis nih...



Persembahan 'Ustaz songkok senget' dan 'Mak Ustazah'.



Persembahan bertajuk Sunnah Rasullullah S.A.W yang dilatih oleh Pn. Norlela dan Pn. Asila.



Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang...




Orang kuat Sambutan Maulidur Rasul SKKBBT16 2010


LAGI GALERI GAMBAR
(Klik Gambar Untuk Besarkan)

Baca Lagi..

│PEJABAT│

Blog rasmi SK Kampong Baharu Batu 16 ini dihasilkan bagi memenuhi kehendak masyarakat yang inginkan kemajuan ICT diaplikasikan untuk semua warga SKKB. Sebarang masalah sila hubungi admin di :
ABA5037
@1bestarinet.yes.my

│Our QR URL Code│

qrcode


│PENTADBIR SEKOLAH 2014│

│BILANGAN MURID 2014│

KELAS L P BIL
1 APIK 9 7 16
2 DEDIKASI 13 7 20
3 BIJAKSANA 7 6 13
4 CEMERLANG 7 12 19
5 GEMILANG 2 11 13
6 BESTARI TERBILANG 10 7 17
JUMLAH 48 50 98

│GURU BERTUGAS MINGGU INI│

16/06/2014 - 20/06/2014

Tema :

Menangani stress dan tekanan perasaan

│CARIAN LABEL│

Web hosting for webmasters
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab sekiranya pelawat blog ini mengalami apa jua masalah semasa melayari blog ini.

Untuk pengetahuan semua blog ini sentiasa dipantau oleh En. Harris dan juga Puan Hadida.

back to top